Guru masuk kampung ajar PdPR Orang Asli
JELEBU: Seramai lapan orang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Putra dekat sini mengambil inisiatif masuk ke Kampung Orang Asli Lakai bagi membantu mengajar dan menghantar modul pembelajaran untuk anak-anak di kampung berkenaan. Inisiatif itu dibuat supaya golongan berkenaan dapat mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).