Hari terkahir Cikgu Muhammad Aliff (Ustaz Aliff) di SK Putra..
Hari ini 28 April 2021 merupakan hari terakhir buat Cikgu Muhammad Aliff Bin Alwi berkhidmat di SK Putra. Cikgu Aliff atau lebih dikenali dengan panggilan Ustaz Aliff mula berkhidmat pada 01 Mac 2021 selaku guru ganti kepada Cikgu Nor Mazitah (GPK HEM) yang telah cuti bersalin.
Warga SK Putra mengucapkan jutaan terima kasih diatas segala jasa dan bakti yang telah ditaburkan dalam mendidik anak-anak murid SK Putra sepanjang perkhidmatan beliau. Terima kasih Ustaz Aliff !!
PdPR dua minggu selepas cuti raya..
PUTRAJAYA - Sesi pembelajaran selepas cuti Hari Raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr Radzi Md Jidin.
Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan 17 hingga 28 Mei bagi sekolah kumpulan B (sekolah-sekolah di Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang, Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya).
Radzi berkata, keputusan itu dibuat bagi mengelak risiko jangkitan Covid-19 di sekolah selepas cuti sekolah bagi meraikan perayaan Aidilfitri yang dijadualkan pada 7 hingga 15 Mei bagi sekolah kumpulan A dan 8 sehingga 16 Mei bagi sekolah kumpulan B.
Beliau berkata, selepas tempoh PdPR itu, murid dan pelajar akan menyambung cuti penggal yang bermula 28 Mei sehingga 12 Jun bagi sekolah kumpulan A dan 29 Mei sehingga 13 Jun bagi sekolah kumpulan B.
"Ini sesuatu yang baharu kita belajar. Jika tahun lalu ketika perayaan Aidilfitri sekolah tutup ketika itu, jadi kita tidak tahu data selepas raya macam mana.
"Kita khuatir terutama mereka yang akan pulang ke asrama kerana menjangkakan ada jangkitan yang akan didapati dari luar, jadi kita ambil langkah ini untuk mengawal penularan tersebut kerana selepas perayaan pelajar berada di rumah lebih lama," katanya pada sidang media di sini pada Isnin.
Radzi berkata, pelajar dan murid yang tinggal di asrama sekolah di bawah KPM di seluruh negara turut akan dibenarkan pulang bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri dan juga akan melalui PdPR dalam tempoh dua minggu selepas cuti itu.
Sebelum ini takwim sekolah bagi 2021 menetapkan selepas cuti Aidilfitri, pelajar dan murid perlu hadir semula ke sekolah bagi meneruskan sesi pembelajaran selama dua minggu dan bercuti penggal selepas itu. -Bernama
Pelancaran Dekad Membaca Kebangsaan Peringkat Sekolah
Program Motivasi dan Penyerahan Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SK Putra 2021
Kunjungan Mantan Guru Besar SK Putra Tahun 1996 - 1998 - Tuan Haji Baharun Bin Mat Amin
Pagi ini Tuan Syed Zulkafli Bin Syed Abdul Karim dikunjungi oleh Tuan Haji Baharun Bin Mat Amin, mantan Guru Besar SK Putra dari tahun 1996 - 1998. Beliau menyampaikan sumbangan peribadi untuk Majlis Iftar SK Putra. Terima kasih cikgu.
Program Semarak Menuju Ramadhan
Tahniah !!! Anugerah Khas Kepimpinan Guru Besar Daerah Jelebu Tahun 2020