Selamat Hari Polis yang ke 214 dari warga SK Putra
Tanggal 25 Mac 2021, usia Polis Diraja Malaysia (PDRM) genap 214 tahun dan sepanjang tempoh itu pelbagai cabaran dihadapi pasukan keselamatan negara daripada menangani ancaman komunis hinggalah jenayah kolar biru serta jenayah siber pada masa kini.
Walau apapun, matlamatnya tetap satu iaitu mengekalkan ketenteraman awam, keharmonian, keselamatan dan keamanan negara. Selamat Hari Polis ke 214 dari kami warga SK Putra.
Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke 35
Tahniah dan syabas kepada semua warga SK Putra yang telah memberikan kerjasama dan komitmen yang tinggi dalam Mesyuarat Agung Tahunan PIBG kali ke-35 ini. Walaupun ada halangan dan rintangan di saat akhir, berkat kerjasama semua pihak, kita dapat atasi dan harungi. kagum dengan anda semua. Walaupum kita semua penat, rasa pusa hati. Meriah majlis kita tadi. Anda semua memang hebat dan terbaik. Sayang anda semua. - GB Tuan Syed Zulkafli Bin Syed Abdul Karim
Lawatan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri - JPNNS
Penyampaian Bantuan Awal Persekolahan (BAP)
Lawatan Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia - Dr Ahmad Rafee Bin Che Kassim
Sumbangan Smart TV 42 inci untuk kegunaan warga SK Putra
Maskot, saguhati sambut murid SK Putra
JELEBU: Kemunculan watak ‘Angry Bird’ dan maskot bunga matahari bagi menyambut kehadiran murid tahun satu dan dua menggamit suasana ceria hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Putra, dekat sini.
Kehadiran murid tahap satu di sekolah tersebut juga disambut oleh guru-guru dengan murid turut diberikan hadiah saguhati berbentuk alat tulis sebagai pembakar semangat memulakan persekolahan mereka.
Guru Besar SK Putra, Syed Zulkafli Syed Abdul Karim berkata, seramai 13 orang murid tahun satu dan 23 orang murid tahun dua mula mendaftar di sekolah tersebut hari ini.
“Pada hari ini, dua orang guru memakai kostum ‘Angry Bird’ dan maskot bunga matahari bagi memberi motivasi kepada murid pada pagi ini.
“Kami juga turut menyediakan hadiah kepada murid yang aktif semasa mengikuti sesi Pembelajaran dan Pengajaran di Rumah (PdPR). Kami akan memberi hadiah kepada mereka yang menyiapkan latihan yang diberikan,” katanya ketika ditemui hari ini.
Menurutnya, seramai tujuh daripada 13 orang murid tahun satu yang mendaftar adalah murid Orang Asli.
“Pihak sekolah juga akan mengadakan program transisi untuk murid tahun satu selama 43 hari.
“Kami melihat ada juga murid tahun satu yang menangis pada pagi ini namun, kehadiran guru-guru di pagar sekolah sedikit sebanyak memberi keceriaan kepada mereka,” katanya.
SK Putra mempunyai seramai 158 orang murid termasuk prasekolah dengan 95 peratus daripadanya merupakan murid Orang Asli.
Sementara itu, Pengarah Pendidikan negeri, Md. Fiah Md. Jamin memaklumkan, seramai 18,343 murid tahun satu dan 17,611 murid tahun dua memulakan sesi persekolahan di negeri ini hari ini. -K!ONLINE