APA YANG TERBARU?
Loading...

NUTP rayu guru terima vaksin

 

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) merayu segelintir guru yang tidak mahu menerima suntikan vaksin COVID-19 supaya mempertimbangkan keputusan itu.

Setiausaha Agungnya, Harry Tan Huat Hock, berkata guru berkenaan diminta mendapatkan khidmat nasihat doktor dan pakar kesihatan serta tidak terpengaruh dengan maklumat tidak tepat mengenai vaksin di media sosial.

"Kita merayu bukan saja kepada guru tapi semua rakyat yang menolak vaksin supaya mempertimbangkan isu ini semula.

"Menerima atau tolak vaksin adalah hak semua individu di Malaysia, kita hanya boleh memberi nasihat dan pandangan saja," katanya kepada BH, hari ini.

Ketika menggulung sesi perbahasan mengenai Program Vaksinasi pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat, 28 Julai lalu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin memaklumkan, terdapat sebilangan guru yang menolak vaksin.

Beliau meminta pihak pentadbir sekolah membuat capaian kepada golongan itu supaya jangkitan COVID-19 tidak berlaku selepas sekolah dibuka pada 1 September ini.

Selain itu katanya, sehingga 27 Julai lalu, seramai 303,682 guru (73.5 peratus), 45,197 anggota kumpulan pelaksana (67 peratus) dan 33,633 pekerja perkhidmatan sokongan kontrak (38 peratus) sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Menteri Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin pula dilaporkan menyeru guru, anggota kumpulan pelaksana (AKP) dan pekerja perkhidmatan sokongan untuk segera mendapatkan vaksin Covid-19 secara 'walk-in' bagi kumpulan khas yang disenaraikan Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF).

Katanya, berkata, perincian mengenai pemberian vaksin secara 'walk-in' bagi kumpulan khas sekolah di bawah Kementerian Pendidikan termasuk keperluan dokumen sokongan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

"Usaha untuk memastikan mereka yang berada dalam ekosistem pendidikan di sekolah menerima vaksin akan terus dipergiatkan melalui Pasukan Petugas Khas KPM-CITF," katanya dalam satu hantaran di Facebook, semalam. - Bharian

0 comments:

Post a Comment